Mon Jun 06 2022

Mogok Di UK | Lebih 300 ribu guru tuntut kenaikan gaji
Dianggarkan sehingga setengah juta guru, penjawat awam, pemandu kereta api dan pensyarah universiti di Britainmelancarkan mogok besar-nesaran hari ini. Tuntutannya sama, kenaikan gaji serta mendesak kerajaan menangani inflasi.

Letupan Bom | Polis Pakistan tahan suspek kes letupan masjid Peshawar
Polis Pakistan menahan beberapa suspek dipercayai ada kaitan dengan serangan bom bunuh diri yang mengorbankan lebih 100 orang di sebuah masjid di Peshawar. Siasatan kini sedang dijalankan bagi menyiasat kemungkinan pengebom itu telah mendapat bantuan orang dalam bagi mengelak pemeriksaan keselamatan.

Konflik Myanmar | Genap dua tahun rampasan kuasa Junta tentera ke atas Myanmar
1 Februari genap dua tahun rampasan kuasa Junta tentera ke atas Myanmar. Genap dua tahun juga kerajaan pimpinan Aung San Suu Kyi digulingkan. Bagi penduduk Myanmar, kehidupan mereka berubah sama sekali selepas tentera mengambil alih tampuk pemerintahan. Di mana hak demokrasi mereka? Manakah janji untuk adakan Pilihan Raya Umum? Dan yang paling penting, bilakah darurat yang diisytihar Junta akan berakhir? Persoalan ini masih membelenggu rakyat Myanmar.

Letupan Bom | Malaysia kecam sekeras-kerasnya serangan di Masjid Peshawar
Malaysia mengecam sekeras-kerasnya serangan bom bunuh diri ke atas sebuah masjid di Peshawar di Wilayah Khyber Pakhtunkhwa, Pakistan pada Isnin. Wisma Putra dalam satu kenyataan pada Rabu memaklumkan, Malaysia menzahirkan ucapan takziah dan simpati kepada keluarga mangsa, rakyat dan kerajaan Pakistan.

10 Berita Pilihan - (01 Februari 2023)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Banjir | Dua lagi daerah terjejas di Sabah
Dua lagi daerah di Sabah terjejas banjir berikutan hujan lebat berterusan sejak awal petang Rabu sekali gus menyebabkan jumlah mangsa dipindah di pusat pemindahan sementara (PPS) di negeri itu sedikit meningkat. Beaufort dan Beluran menjadi daerah terbaharu dilanda banjir. 690 mangsa daripada 204 keluarga dipindahkan ke 14 PPS berbanding 627 orang daripada 188 keluarga petang Rabu.

Hujan Lebat | Kanak-kanak 6 tahun dihanyut arus ditemui selamat
Seorang kanak-kanak lelaki berusia 6 tahun diselamatkan bomba selepas terjatuh ke dalam kolam takungan di Taman Sejati Indah, Sungai Petani. Menurut Pengarah Bomba Negeri Kedah, Sayani Saidon, pihaknya menerima laporan kejadian jam 5.07 petang Rabu.

Ahli Majlis FIFA | PM ucap tahniah kepada Hamidin
Datuk Seri Anwar Ibrahim merakamkan ucapan tahniah kepada Presiden FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin yang dipilih sebagai ahli Majlis Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) mewakili Asia. Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Datuk Hamidin Mohd Amin diumumkan antara tujuh ahli Jawatankuasa Eksekutif Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) mewakili Asia, untuk penggal 2023-2027. Hamidin dipilih mengisi jawatan itu semasa Kongres Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) ke-33 yang diadakan di Manama, Bahrain pada Rabu.

Sertai BERSATU | KJ belum dilamar secara rasmi - Ahmad Faizal
Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) masih belum melamar bekas Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin Abu Bakar secara rasmi untuk menyertai parti itu. Menurut Timbalan Presiden Bersatu, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu, adalah lebih baik sekiranya Khairy Jamaluddin bersama Perikatan Nasional (PN) memandangkan beliau antara ahli politik yang mempunyai peluang cerah untuk memimpin negara pada masa hadapan.

Lesen Jamin Lulus | SPRM tahan menantu pemilik sekolah memandu
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Selangor menahan seorang pekerja sambilan di sebuah sekolah memandu kerana disyaki meminta dan menerima wang rasuah, hari ini. Wang berkenaan dilaporkan berjumlah RM650 diterima daripada seorang calon ujian memandu. Menurut sumber, wanita berusia lingkungan 40-an itu ditahan kira-kira jam 4.30 petang tadi di pejabat SPRM Selangor ketika hadir memberi keterangan.

Tahukah anda setiap gred telur beratnya berbeza?
Wujud dakwaan berlaku penipuan gred telur di pasaran. Ini anda perlu tahu mengenai berat setiap gred telur.

#RasuahBusters - Kelompongan dalam budaya perlu diperbaiki dari awal
#RasuahBusters melaksanakan gerakan untuk menjelaskan definisi rasuah dalam setiap aspek kehidupan kepada segenap lapisan masyarakat dari seawal peringkat tadika.

#RasuahBusters - Penyampaian maklumat kegiatan rasuah perlu lebih radikal
Orang ramai perlu lebih berani memainkan peranan sebagai ejen moral dengan menyampaikan sebarang maklumat berkenaan aktiviti rasuah ke saluran yang betul.

AWANI Ringkas: Akaun dibeku, Bersatu sedia beri kerjasama
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
![AWANI 7:45 [25/01/2023] – Siasatan dana RM92.5 bilion | Bantu rakyat jimat kos harian AWANI 7:45 [25/01/2023] – Siasatan dana RM92.5 bilion | Bantu rakyat jimat kos harian](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/2007566/16117690221675256537604_640x360.jpg)
AWANI 7:45 [25/01/2023] – Siasatan dana RM92.5 bilion | Bantu rakyat jimat kos harian
Laporan berita padat dan ringkas #AWANI745 bersama Luqman Hariz Tumpuan #AWANI745 malam ini: SPRM bekukan dua akaun Bersatu, siasat suapan bernilai RM300 juta Agong titah kerajaan gandakan usaha jaga rakyat, kurangkan kos sara hidup Nak untung lebih, benarkah gred telur dimanipulasi? Wilayah Persekutuan bandar pintar menjelang 2030 #AWANInews

10 Berita Pilihan - (01 Februari 2023)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

AWANI Ringkas: Akaun dibeku, Bersatu sedia beri kerjasama
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

AWANI Ringkas: Lipat ganda usaha pelihara kesejahteraan rakyat - Agong
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

AWANI Ringkas: Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2022 dikuatkuasa hari ini
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Ringkas SPUTNIK: Biden bakal bertemu Zelensky
Ikuti rangkuman 3 berita global terbaik dalam Sputniknews.com.

AWANI Ringkas: KJ jamin tidak ambil tindakan jejaskan kesejahteraan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
![AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [01 Februari 2023] AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [01 Februari 2023]](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/2007490/16117688611675212323924_640x360.jpg)
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [01 Februari 2023]
Ketahui berita yang anda perlu tahu hari ini bersama Afiezy Azaman dan Gee Gee Ahmad. - Program mesra rakyat sempena Hari Wilayah Persekutuan 2023 hari ini. - Menu Rahmah: Lebih 15,000 restoran tawar juadah RM5 bantu golongan B40. - Anwar terima teguran, akan beri penjelasan lantikan Nurul Izzah. #AWANInews

AWANI Ringkas: Nurul Izzah | PM sangkal dakwaan nepotisme
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

AWANI Ringkas: Persetujuan Malaysia-Indonesia
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

10 Berita Pilihan - (31 Januari 2023)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

AWANI Ringkas: Lantikan Nurul Izzah | Anwar terbuka terima teguran
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Agenda AWANI: Bukan lagi UMNO | KJ, apa "Plan"?
Nama Khairy Jamaluddin sekali menjadi tumpuan setelah individu ini antara yang dipecat parti politik UMNO baru-baru ini. Ke mana hala tuju karier politik beliau selepas ini?

AWANI Ringkas: Warden penjara ke tali gantung
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

AWANI Ringkas: Perbicaraan kes PU Azman 24-28 Julai
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
![AWANI 7:45 [31/01/2023] - Kedudukan ke-61 | Laporan Bank Negara Malaysia AWANI 7:45 [31/01/2023] - Kedudukan ke-61 | Laporan Bank Negara Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/2007431/577199521675169941418_640x360.jpg)
AWANI 7:45 [31/01/2023] - Kedudukan ke-61 | Laporan Bank Negara Malaysia
Tumpuan #AWANI745 malam ini: - Indeks Persepsi Rasuah CPI Malaysia jatuh lagi. - Pelantikan Nurul Izzah wujud konflik kepentingan, hujah Transparency International Malaysia - Aset rizab rasmi Malaysia berjumlah AS$114.65 bilion. - Satu rejimen banjir setiap 222 parlimen seluruh negara. #AWANInews