10 maut, puluhan cedera dalam letupan mercun ketika misa gereja di Mexico
Sekurang-kurangnya 10 orang maut dan puluhan lagi cedera selepas stor simpanan mercun meletup ketika misa gereja di Santa Maria Canchesda, Mexico. Letupan itu mencetuskan panik dalam kalangan pengunjung yang menghadiri sambutan perayaan santo penaung komuniti berkenaan.