Sebanyak 14 memorandum persefahaman (MoU) bernilai RM1.49 bilion dimeterai sempena pembukaan MAHA Trade Days 2026, sekali gus mencerminkan keyakinan pelabur terhadap potensi sektor agromakanan negara.
MoU berkenaan melibatkan pelbagai subsektor termasuk pemprosesan hasil pertanian, industri ternakan, makanan halal, nanas dan pembangunan teknologi agro.