Skip to main content

Advertisement

Adaptasi AI, pengurusan IT pastikan kelancaran operasi

Adaptasi AI, pengurusan IT pastikan kelancaran operasi

Di sebalik kelancaran setiap pergerakan jemaah, keberkesanan sistem bimbingan dan kecekapan pengurusan di Tanah Suci, terdapat satu pasukan yang bekerja lebih awal dan pulang paling akhir, pasukan Teknologi Maklumat (IT) Lembaga Tabung Haji (TH).
Pengurus Operasi Teknologi Maklumat TH, Shamsul Kamal Hussein Kamal, berkata operasi IT memainkan peranan kritikal dalam memastikan semua sistem, perisian, infrastruktur serta rangkaian siap sepenuhnya sebelum ketibaan petugas dan jemaah haji Malaysia.