Calon atau parti? Itu antara persoalan yang diajukan kepada masyarakat Cina di DUN Chennah menjelang PRN Negeri Sembilan.
Tinjauan Astro AWANI mendapati ramai pengundi mengutamakan calon tempatan yang mudah dihubungi, selain berharap wakil rakyat lebih responsif terhadap isu setempat dan kebajikan masyarakat.
Wartawan Astro AWANI, Farhan Hakimi ada laporannya.