Dividen KWSP tidak boleh disalur sepenuhnya ke akaun Fleksibel
Cadangan agar dividen Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bagi tahun kewangan 2025 disalurkan sepenuhnya ke Akaun 3 (Fleksibel) tidak boleh dilaksanakan.
Ketua Pegawai Eksekutifnya, Ahmad Zulqarnain Onn berkata, ini kerana perkara tersebut sudah termaktub di bawah peruntukan undang-undang sedia ada.