Rumah Warisan Uwan Robah, khazanah yang diselamatkan
Rumah Warisan Uwan Robah (RuWuR) merupakan sebuah rumah warisan bercirikan seni bina tradisional Negeri Sembilan yang menampilkan reka bentuk rumah bumbung panjang, bumbung bertingkat, rumah tangga, serambi, rumah ibu dan susur gajah selain dibina tanpa menggunakan sebarang paku.
Terletak di Kuala Pilah, rumah pusaka yang pernah terbiar hampir 30 tahun itu kini kembali bernyawa selepas waris mengambil inisiatif memulihara kediaman bersejarah berkenaan sebagai simbol identiti budaya masyarakat Negeri Sembilan.