Isu AKPS dibawa ke Jawatankuasa Induk MA63 jika tiada penyelesaian
Isu pelaksanaan Akta Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS) di Sabah akan dibawa ke peringkat Jawatankuasa Induk Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) sekiranya gagal diselesaikan melalui sesi libat urus antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri.