Sarawak hantar tiga individu lanjut pengajian PhD di Universiti Bristol
Inisiatif itu adalah sebahagian daripada kolaborasi antara Sarawak Microelectronics Design (SMD) Semiconductor dan Universiti Bristol melalui pemeteraian memorandum persefahaman (MoU) yang memfokuskan latihan graduan serta penyelidikan industri semikonduktor.
