Banjir Nepal: Bantuan kemanusiaan diselaras satu saluran, elak pertindihan
Kerajaan Nepal melaksanakan mekanisme satu saluran bagi menyelaras penghantaran dan pengagihan bantuan kemanusiaan kepada mangsa banjir di negara itu bagi mengurangkan pertindihan usaha dalam operasi bantuan.
Penyelaras Program Islamic Relief Nepal, Ichharam Thapa Magar berkata, mekanisme itu membolehkan bantuan daripada pelbagai agensi dikumpul dan disalurkan mengikut keperluan di kawasan terjejas.