Skip to main content

Advertisement

Bekas akauntan agensi kerajaan ditahan SPRM

Bekas akauntan agensi kerajaan ditahan SPRM

SPRM Sabah menahan seorang bekas penolong akauntan sebuah agensi kerajaan kerana disyaki mengemukakan dokumen palsu berkaitan kerja naik taraf jabatan, melibatkan anggaran nilai RM90,000. Suspek wanita berusia lingkungan 50-an itu ditahan dalam operasi di Kota Kinabalu. Siasatan awal mendapati terdapat dokumen pesanan kerajaan, invois dan sebut harga mengandungi butiran palsu serta lantikan terus kepada syarikat milik ahli keluarga. Kes disiasat di bawah Seksyen 18 dan 23 Akta SPRM 2009.