Ringgit dijangka diniagakan pada 4.05-4.06 berbanding dolar AS
Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata ringgit dijangka diniagakan dalam julat 4.05 hingga 4.06 dan peniaga akan memberi tumpuan terhadap hasil mesyuarat, termasuk jangkaan BNM mengekalkan kadar dasar semalaman (OPR) pada 2.75 peratus ketika trajektori pertumbuhan dilihat stabil manakala kadar inflasi kekal rendah.
