Skip to main content

Advertisement

CAS tolak rayuan FAM, 7 pemain warisan kekal digantung 12 bulan

CAS tolak rayuan FAM, 7 pemain warisan kekal digantung 12 bulan

Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS) pada Khamis menolak rayuan dikemukakan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) berhubung keputusan Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) mengenakan denda terhadap badan itu dan menggantung tujuh pemain negara.

Panel CAS memaklumkan, denda CHF 350,000 ke atas FAM dikekalkan dan penggantungan kepada tujuh pemain berkenaan juga kekal selama 12 bulan.