Skip to main content

Advertisement

Cubaan gugat kerajaan gidalangi pihak berpengaruh - PM Anwar

Cubaan gugat kerajaan gidalangi pihak berpengaruh - PM Anwar

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mendedahkan bahawa wujud cubaan untuk menjatuhkan kerajaan yang didakwa didukung oleh warga tempatan dengan memanfaatkan pengaruh media serta institusi antarabangsa, termasuk melibatkan kelompok Zionis terkemuka.

Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan itu berkata, siasatan awal oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) mendapati gerakan berkenaan berpangkalan di luar negara dan mempunyai dana yang besar bagi merangka strategi untuk mempertikai serta menggugat kerajaan sedia ada.

Menurut beliau, laporan awal turut menunjukkan bahawa syarikat, badan dan tokoh yang terlibat telah mengadakan enam pertemuan sepanjang tahun 2025, sama ada di dalam mahupun luar negara.

#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat