Dewan Rakyat lulus 13 Rang Undang-Undang dalam 16 hari persidangan
Dewan Rakyat meluluskan 13 Rang Undang-Undang sepanjang Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Parlimen Ke-15 yang berlangsung selama 16 hari bermula 22 Jun hingga 16 Julai, kata Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul.
Beliau turut mengingatkan semua Ahli Parlimen supaya menjalani pemeriksaan kesihatan sebelum 30 Oktober 2026 sebelum menangguhkan persidangan ke suatu tarikh yang tidak ditetapkan.