Gunung Sinabung meletus, hambur abu setinggi 3,500 meter
Gunung Sinabung di wilayah Sumatera Utara, Indonesia meletus pada Isnin, menghamburkan abu gunung berapi kira-kira 3,500 meter di atas puncak.
Menurut Pusat Vulkanologi dan Mitigasi Bencana Geologi, letusan bermula jam 10.17 pagi waktu tempatan dengan kepulan abu hitam tebal dilihat menghala ke arah timur dan tenggara.