AS-Israel bincang MoU Iran, syarat pengayaan nuklear jadi tumpuan
Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu memaklumkan beliau telah mengadakan perbincangan dengan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump mengenai memorandum persefahaman berkaitan rundingan dengan Iran. Netanyahu menyambut baik komitmen Washington yang menetapkan syarat tegas termasuk pembongkaran infrastruktur pengayaan nuklear Iran, pemindahan bahan diperkaya serta sekatan ke atas program peluru berpandu dan sokongan terhadap kumpulan proksi serantau.