Skip to main content

Advertisement

JDT nafi dakwaan dana 91 peratus dari kerajaan

JDT nafi dakwaan dana 91 peratus dari kerajaan

JDT menafikan dakwaan tular bahawa 91 peratus pendapatan kelab bagi tahun 2024 datang daripada sumber kerajaan. Ketua Pegawai Operasi JDT, Alistair Edwards, menjelaskan angka tersebut merupakan salah tafsir kerana majoriti dana adalah penajaan syarikat swasta yang disalurkan melalui Majlis Sukan bagi tujuan pelepasan cukai, bukannya pembiayaan langsung kerajaan.