Jumlah penjanaan sampah libatkan makanan meningkat - SWCorp
Penjanaan sampah ketika Aidilfitri meningkat kepada 40,000 tan sehari, dengan 45% daripadanya terdiri daripada sisa makanan berlebihan. SWCorp menjelaskan kadar itu melonjak akibat penyediaan makanan tidak terancang semasa rumah terbuka. Aktivis alam sekitar pula menggesa umat Islam kembali kepada prinsip kesederhanaan bagi mengelakkan pembaziran yang menjejaskan manusia dan alam sekitar.