Kadar Jun terkawal, OPR dijangka kekal pada 2.75 peratus
Menurut firma penyelidikan Public Investment Bank, perkembangan itu mengukuhkan jangkaan bahawa Bank Negara Malaysia akan mengekalkan kadar dasar semalaman (OPR) pada 2.75% sehingga akhir tahun ini, meskipun harga minyak dunia meningkat akibat ketegangan geopolitik.