Kanada kenakan tarif sehingga 50 peratus ke atas produk AS
Tarif baharu antara 15 hingga 50 peratus bakal dikenakan Kanada ke atas ratusan barangan dari Amerika Syarikat, berkuat kuasa Selasa ini. Perdana Menteri Mark Carney mengambil pendirian tegas itu berhadapan dengan Presiden Donald Trump, dengan keyakinan ia akan membantu kedudukan Kanada dalam perbincangan perdagangan masa depan.