Ketua pembangkang Negeri Sembilan ambil sikap berkecuali
Ketua Pembangkang dan ADUN Labu, Mohamad Hanifah Abu Baker mengambil pendirian berkecuali terhadap perkembangan politik semasa di Negeri Sembilan susulan tindakan 14 ADUN Barisan Nasional (BN) yang telah menarik sokongan terhadap kepimpinan Menteri Besar ketika ini.