Krisis tuntut tindakan pantas, bukan hanya tunggu data sempurna - Zafrul
Pendekatan bertindak pantas dalam situasi krisis dilihat lebih penting berbanding menunggu data atau keputusan yang sempurna. Penasihat Politik Kanan kepada Perdana Menteri merangkap Pengerusi MIDA, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz menegaskan kerajaan dan institusi perlu memperkukuh analisis senario bagi meningkatkan kesiapsiagaan menghadapi ketidaktentuan ekonomi.