KSU sebuah kementerian, beberapa saksi akan dipanggil berkaitan kes perjanjian RM1.1 bilion
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dijangka memanggil beberapa saksi termasuk Ketua Setiausaha (KSU) sebuah kementerian dalam masa terdekat bagi mendapatkan penjelasan berhubung pelaksanaan perjanjian antara Kerajaan Malaysia dengan sebuah syarikat asing, yang dianggarkan bernilai RM1.1 bilion.