Larian Syed Saddiq kutip lebih RM360,000 dalam dua hari
Program Larian Kesyukuran Muar yang dianjurkan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, berjaya mengumpul dana sebanyak RM361,848 setakat hari kedua, sekali gus melepasi sasaran awal RM200,000. Dana yang dikumpulkan akan disalurkan kepada program Foodbank dan inisiatif iPad Muar bagi membantu golongan yang memerlukan, dengan Syed Saddiq menyifatkan kejayaan itu sebagai hasil sokongan padu orang ramai sepanjang larian sejauh 171 kilometer dari Putrajaya ke Muar.