Skip to main content
Larian Syed Saddiq kutip lebih RM54,000 pada hari pertama

Larian Syed Saddiq kutip lebih RM54,000 pada hari pertama

Program kutipan dana Larian Kesyukuran Muar yang dianjurkan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berjaya mengumpulkan RM54,692 setakat pagi Jumaat. Menerusi perkongsian di media sosial, beliau memaklumkan sambutan luar biasa diterima sepanjang laluan larian apabila orang ramai hadir memberikan sokongan dan doa. Larian yang bermula di Putrajaya itu menyasarkan kutipan RM200,000 untuk program Foodbank dan inisiatif iPad Muar, dengan perjalanan dijadualkan berakhir di Laman Maharani, Muar pada 19 Julai.