Tentera Amerika Syarikat memaklumkan sebanyak 92 kapal dagang telah dilencongkan, tiga dilumpuhkan dan dua diperiksa dalam operasi penguatkuasaan sekatan maritim terhadap Iran. Perkembangan itu berlaku ketika ketegangan antara Washington dan Tehran terus berlarutan meskipun memorandum persefahaman ditandatangani pada Jun lalu.