Skip to main content
Letupan terowong hidroelektrik di India ragut 10 nyawa

Letupan terowong hidroelektrik di India ragut 10 nyawa

Sekurang-kurangnya 10 pekerja maut, manakala 15 lagi dikhuatiri masih terperangkap selepas satu letupan dipercayai akibat kebocoran gas berlaku di sebuah terowong projek hidroelektrik di Sikkim, timur laut India.

Insiden berlaku pada Isnin di projek hidroelektrik milik National Hydroelectric Power Corporation (NHPC) di Sungai Teesta, kawasan Samardung.