LKIM umum PNK Kalabakan, buka peluang lebih teratur buat nelayan
Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) mengumumkan penubuhan Persatuan Nelayan Kawasan (PNK) Kalabakan sebagai langkah strategik memperkukuh kebajikan dan pembangunan komuniti nelayan luar bandar di Tawau. Didaftarkan pada 13 Mac lalu, PNK ini menjadi yang ke-92 di Malaysia dan ke-17 di Sabah, dengan matlamat menyediakan akses lebih sistematik kepada bantuan, program pembangunan dan peluang ekonomi. Penubuhan ini turut dijangka menjadi pemangkin kepada peningkatan sosioekonomi nelayan tempatan di kawasan seperti Tanjung Batu, Merotai dan FELDA Umas.