Skip to main content
Advertisement
Malaysia sasar enam emas, keseluruhan 33 pingat di Aichi-Nagoya

Malaysia sasar enam emas, keseluruhan 33 pingat di Aichi-Nagoya

Kontinjen Malaysia menetapkan sasaran enam pingat emas, tujuh perak dan 20 gangsa pada Sukan Asia Aichi-Nagoya 2026 yang dijadual berlangsung dari 19 September hingga 4 Oktober ini.

Ketua Kontinjen Malaysia (CDM) ke Sukan Asia, Datuk Mohd Sumali Reduan berkata, sasaran keseluruhan 33 pingat itu adalah realistik berdasarkan prestasi semasa, rekod pencapaian terkini, potensi atlet serta tahap persaingan sengit di pentas Asia.