Malaysia sedia bantu Indonesia tangani kebakaran hutan dan tanah
Malaysia menyatakan kesediaan untuk membantu Indonesia menangani kebakaran hutan dan tanah, khususnya dalam meningkatkan kesiapsiagaan menghadapi fenomena El Niño.
Timbalan Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam Syed Ibrahim Syed Noh berkata berkata kesediaan itu dibincangkan menerusi perbincangan dua hala antara kedua-dua negara sempena Mesyuarat Ke-27 Sub-Regional Ministerial Steering Committee (MSC).
Antara bentuk bantuan yang ditawarkan Malaysia termasuk operasi pemadaman kebakaran dari udara atau water bombing, serta pelaksanaan pembenihan awan bagi membantu menangani risiko kebakaran hutan dan tanah.
#AWANInews #SisiTVParlimen #DewanRakyat