Mangsa banjir Melaka meningkat kepada 124 orang, tiga PPS dibuka
Jumlah mangsa banjir di Melaka meningkat kepada 124 orang daripada 37 keluarga setakat pagi ini. Kesemua mangsa ditempatkan di tiga pusat pemindahan sementara di Melaka Tengah dan Jasin susulan hujan lebat berterusan.