Mengintai di tandas LRT, pembantu kedai makan didenda RM3,500
Seorang pembantu kedai makan didenda RM3,500 oleh Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur selepas mengaku bersalah mengintai seorang wanita di tandas Stesen Transit Aliran Ringan (LRT) Sentul, pada 16 April lalu. Mahkamah turut memerintahkan hukuman penjara empat bulan jika denda gagal dibayar.