Skip to main content
MINDEF tidak mahu rundingan KDA jadi taktik lengah tuntutan

MINDEF tidak mahu rundingan KDA jadi taktik lengah tuntutan

Kementerian Pertahanan (MINDEF) menegaskan, sebarang perbincangan dengan syarikat Kongsberg Defence & Aerospace (KDA) berhubung tuntutan RM1.06 bilion akibat pembatalan perolehan peluru berpandu antikapal (NSM) tidak boleh dijadikan alasan untuk melambatkan proses penilaian yang sedang dijalankan. Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, pihak KDA ada mengemuka permohonan untuk mengadakan perbincangan bagi menyelesaikan isu berkenaan, namun MINDEF akan memastikan proses tuntutan tidak terjejas.