NATO lancar misi Arctic Sentry, perkukuh kehadiran tentera di Artik susulan krisis Greenland
NATO memulakan misi Arctic Sentry bagi menyelaras kehadiran ketenteraan sekutu di Artik, selepas pertemuan Trump–Rutte di Davos ketika krisis tuntutan AS terhadap Greenland memuncak. UK sahkan penyertaan besar melalui Joint Expeditionary Force, yang akan menjalankan latihan mega di High North. Langkah ini dilihat sebagai peningkatan signifikan dalam strategi keselamatan Artik.