Niaga AWANI: Pembiayaan perumahan: Membantu pemilikan atau memanjangkan hutang?
Tempoh pinjaman rumah yang semakin panjang dilihat membantu menurunkan ansuran bulanan, namun pada masa sama menimbulkan persoalan mengenai beban hutang jangka panjang yang perlu ditanggung pembeli. Situasi ini berlaku ketika kos sewa di beberapa kawasan mula mengatasi ansuran pinjaman rumah, sekali gus mengubah landskap kemampuan perumahan negara. Apakah isu sebenar yang perlu diberi perhatian harga rumah, struktur pembiayaan atau tekanan kos sewa yang semakin meningkat? Kupasan lanjut bersama Pengasas Komuniti Pejuang Hartanah, Datuk Ahyat Ishak.