Pantau Belanjawan: Melahirkan Generasi TVET Era AI, Kriptologi
Latihan Kecerdasan Buatan (AI), kriptologi dan teknologi baharu kepada pelajar Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) terpilih dilihat sebagai langkah penting memperkukuh bakat masa depan negara. Kejayaannya bergantung kepada kualiti tenaga pengajar, kesiapsiagaan kurikulum, infrastruktur serta keupayaan memenuhi keperluan industri yang semakin dipacu teknologi. Kupasan lanjut bersama Profesor Rangkaian Komputer dan Keselamatan Siber, Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat, UPM, Prof. Ts. Dr. Zuriati Ahmad Zukarnain.