Pasukan Petugas Pusat Data tumpu bekalan, keselamatan dan teknologi baharu
Menteri Digital Gobind Singh Deo berkata Pasukan Petugas Pusat Data yang ditubuhkan menghimpunkan wakil daripada pelbagai jabatan dan agensi kerajaan bagi meneliti keperluan pembangunan industri pusat data secara menyeluruh.
Selain itu, pasukan berkenaan akan memberi tumpuan kepada aspek bekalan utiliti, keselamatan serta perkembangan teknologi baharu, selain mengambil kira pandangan semua agensi berkaitan dalam merangka dasar dan langkah yang sesuai.
Usaha itu bertujuan membina ekosistem pusat data yang mampan dengan memastikan bekalan elektrik dan air sentiasa mencukupi, di samping mengutamakan aspek keselamatan.
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat