Pelumba Cub Prix Malaysia Farres Putra meninggal dunia
Pelumba CKJ Racing, Farres Putra Mohd Fadhil meninggal dunia selepas terbabit dalam kemalangan ketika perlumbaan kelas CP150 Kejuaraan Cub Prix Malaysia di Litar Permotoran Terengganu. Insiden itu berlaku seawal pusingan pertama perlumbaan dan kini akan diteliti mengikut prosedur sukan serta keselamatan yang ditetapkan.