Skip to main content
Advertisement
Penganggur didakwa tikam isteri dan mentua

Penganggur didakwa tikam isteri dan mentua

Seorang penganggur didakwa di Mahkamah Sesyen Kota Bharu atas pertuduhan menikam isteri dengan pisau dan mencederakan ibu mentua di sebuah rumah di Padang Lepai, Ketereh, minggu lepas. Tertuduh, Shahrul Shahrizal Che Shaari, 44, bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan mohon dibicarakan selepas pertuduhan dibacakan secara berasingan di hadapan Hakim Zulkifli Ablah dan Nik Habri Muhamad.