PPM Wilayah Tiga menahan seorang lelaki berusia 33 tahun di Kuantan selepas menemui rokok seludup bernilai lebih RM2.2 juta. Suspek ditahan ketika memandu sebuah Honda City dan pemeriksaan lanjut menemukan ribuan karton rokok tidak bercukai yang disimpan di sebuah rumah di Pandan Perdana.