Selepas 22 tahun, Malaysia kembali jadi tuan rumah
Malaysia kembali mempengerusikan Mesyuarat Menteri-Menteri Kesihatan ASEAN (AHMM) ke-17 di Kuala Lumpur selepas 22 tahun. Persidangan lima hari ini memfokuskan kepada pelancaran Agenda Kesihatan Strategik ASHA 2026-2030, pengoperasian pusat kecemasan pandemik ACPHEED, serta mesyuarat bersejarah bersama rakan dialog Amerika Syarikat dan Jepun.