Skip to main content
Advertisement
Tarif air di Pulau Pinang tidak boleh ditangguh, penting biayai projek bekalan

Tarif air di Pulau Pinang tidak boleh ditangguh, penting biayai projek bekalan

Pelaksanaan tarif air baharu di Pulau Pinang yang bermula 1 Julai ini tidak boleh ditangguh kerana ia penting untuk memastikan pelbagai projek pembangunan dan naik taraf infrastruktur dapat dilaksanakan bagi menjamin kelangsungan bekalan air. Pengerusi Jawatankuasa Pengangkutan, Infrastruktur dan Digital negeri, Zairil Khir Johari berkata, keuntungan yang direkodkan Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang ketika ini tidak mencukupi untuk membiayai pelbagai projek berskala besar yang dirancang bagi memenuhi permintaan air yang semakin meningkat.
Advertisement