Skip to main content
Tekanan ekonomi meningkat, TPM ingatkan rakyat kekal bersatu

Tekanan ekonomi meningkat, TPM ingatkan rakyat kekal bersatu

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof mengingatkan bahawa tekanan ekonomi akibat ketegangan geopolitik di Asia Barat tidak wajar menjejaskan perpaduan masyarakat. Beliau menegaskan kenaikan kos sara hidup dan harga barang perlu ditangani dengan baik agar keharmonian rakyat terus terpelihara.