Thailand mahu ketatkan kawalan ganja, cadang hukuman lebih berat
Perdana Menteri Thailand Anutin Charnvirakul berkata cadangan pindaan terhadap Akta Narkotik berkaitan ganja telah dibincangkan pada Mesyuarat Ketiga Pejabat Lembaga Kawalan Narkotik (ONCB) tahun ini pada Khamis.
Katanya, Kementerian Kesihatan Awam serta agensi berkaitan diarahkan untuk memeriksa premis berlesen dan mengambil tindakan undang-undang terhadap pengusaha yang melanggar syarat lesen, termasuk kemungkinan lesen mereka dibatalkan.