Skip to main content
Tiada rakyat kami bersama penjajahan Amerika - Duta Iran

Tiada rakyat kami bersama penjajahan Amerika - Duta Iran

'Ketahuilah, rakyat Iran sentiasa bersama kerajaan mereka'.

Itu mesej tegas Duta Besar Iran ke Malaysia, Valiollah Mohammadi Nasrabadi bagi menepis spekulasi kononnya ada rakyat Iran yang menyokong penjajahan dilakukan Amerika Syarikat dan Israel.

Katanya, sebaik sahaja serangan berlaku, rakyat Iran terus turun ke jalanan untuk menyatakan sokongan, dari pagi sampai ke malam demi negara.