Presiden Amerika Syarikat Donald Trump mendakwa Tehran telah menghubungi Washington untuk berbincang mengenai kemungkinan mencapai perjanjian damai, ketika kedua-dua negara saling melancarkan serangan yang turut mengorbankan pemimpin tertinggi Iran serta anggota tentera AS. Dalam ucapannya di White House, Trump memuji tindakan ketenteraan AS dan Israel yang didakwa memusnahkan keupayaan misil, dron dan aset ketenteraan Iran. Beliau turut menggesa diplomat Iran di seluruh dunia memohon suaka dan membantu membentuk masa depan baharu untuk negara itu.