Skip to main content

Advertisement

Trump pertimbang selamatkan syarikat penerbangan bermasalah di AS

Trump pertimbang selamatkan syarikat penerbangan bermasalah di AS

Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, memaklumkan pentadbirannya sedang mempertimbangkan untuk membeli sebuah syarikat penerbangan yang berdepan masalah kewangan sekiranya ia diperoleh pada harga yang sesuai. Langkah itu dilihat bertujuan menyelamatkan ribuan pekerjaan ketika syarikat terbabit berada dalam proses muflis, dengan laporan menyatakan kerajaan AS hampir mencapai perjanjian bantuan kewangan bernilai sekitar 500 juta dolar Amerika.