10 rakyat Palestin terkorban akibat serangan Israel
Api yang marak kelihatan di runtuhan bangunan pada awal pagi Sabtu, selepas tentera Zionis Israel membedil sebuah rumah berhampiran Hospital Kamal Adwan di Semenanjung Gaza.
serangan itu mengenai kediaman yang terletak hanya di luar hospital, mengakibatkan sekurang-kurangnya 10 nyawa terkorban.