3,000 pelajar UM bentang projek kepada industri
Seramai 3,000 pelajar Universiti Malaya dari 14 pusat akademik akan membentangkan projek tahun akhir mereka dalam UM UG iFEST 2025. Dr. Archina Buthiyappan berkata kerjasama strategik bersama KKM, hospital swasta, dan syarikat industri seperti Shell, Schlumberger dan Gamuda membuktikan komitmen tinggi industri dalam membimbing bakat muda.